PPBM "Meminang" PAS Pada 2 Februari Ini


PUTRAJAYA – Masa depan hubungan antara PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal dimuktamad pada 2 Februari depan.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya telah mengemukakan draf rangka perjanjian itu kepada PAS dan sedang menungggu maklum balas.

Difahamkan, rundingan itu nanti yang hanya melibatkan PAS dan Bersatu akan diketuai Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dan masa pertemuan tersebut.

“Bentuk kerjasama antara PAS dan PPBM hanya lebih kurang sama dengan kerjasama yang kami (PPBM) meteraikan dengan Pakatan Harapan.

“Rundingan yang akan berjalan antara Mukhriz dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ini akan menentukan pendirian kami dengan PAS, ” jelas Tun Mahathir dalam sidang media di sini, semalam.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com