AddThis

PPBM Dakwa Isu Skandal Seks Anina Tak Jejas Parti


ALOR SETAR - Isu skandal seks yang didakwa membabitkan salah seorang pengasas pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin tidak akan menjejaskan pengambilan ahli baru ke dalam parti baru itu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) PPBM, Marzuki Yahaya berkata, skandal seks membabitkan wanita yang berasal dari Langkawi itu hanyalah merupakan "salah faham" dan dijangka tidak akan memalukan parti berkenaan.

"Ia hanya satu salah faham kecil yang mana kepimpinan telah pun membuat penjelasan.

"Mereka yang merancang untuk menyertai parti ini tidak akan terpengaruh dengannya dan tuduhan-tuduhan lain terhadap kita," katanya kepada pemberita di Kampung Tok Sani, Butterworth, semalam.

Marzuki berkata demikian sebagai mengulas sama ada isu skandal yang didakwa itu telah menjejaskan kemajuan dan pengambilan ahli parti yang baru berusia empat bulan, ini, memetik laporan mStar.

PPBM dilaporkan berdepan kemelut di awal kemunculannya yang menyaksikan Anina dipecat daripada jawatan ketua Srikandi sekaligus mencetus dakwaan perlucutan dakwaan itu dikatakan berkait rapat dengan dakwaan tersebut.

Kekeliruan mengenai jawatan Anina itu difahamkan berlaku seminggu selepas beberapa blog mendakwa beliau terbabit dalam skandal seks dan mengejutkan ramai pihak.

Turut difahamkan dari laporan media bahawa dakwaan tersebut kemudian disebar secara meluas di media sosial penyokong PPBM sendiri, tempias dari "perang rebut jawatan" yang dikatakan sedang hangat berlaku di seluruh negeri, termasuk Kedah.

Biarpun terpalit dengan desas-desus skandal memalukan seperti yang pernah berlaku terhadap beberapa pemimpin di zaman Tun Dr Mahathir dulu, Anina bagaimanapun dikatakan kekal sebagai anggota majlis tertinggi dalam parti berkenaan. - Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com