PM Bimbang Ramai Mangsa Banjir, Mahu Semua Agensi Siap Sedia


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan kebimbangannya berikutan beberapa kawasan di Pantai Timur sedang dilanda gelombang baharu banjir yang menyebabkan jumlah mangsa semakin ramai.

Justeru itu, Najib berkata beliau mahu semua agensi kerajaan bersiap sedia untuk memberi apa jua bentuk bantuan kepada mangsa-mangsa di kawasan terjejas.

“Kita harus pastikan bantuan sama ada dari segi pemindahan dan penempatan sementara, atau berkaitan pemulihan pascabanjir sampai kepada (mereka) yang memerlukan,” katanya menerusi laman Twitter rasmi beliau hari ini.

Menurut portal Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, sejumlah 3,916 mangsa banjir di Kelantan sedang mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan manakala jumlah mangsa di Terengganu ialah 175 orang. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com