Peserta Thailand Seret 17 Beg Ke Miss Universe


Peserta ratu cantik Miss Universe dari Thailand, Chalita Suansane, telah mengejutkan ramai pihak apabila dia membawa 17 bagasi dengan berat kesemuanya adalah 300kg, ketika tiba di lapangan terbang Suvarnabhumi, Bangkok.

Ia adalah 10 kali melebihi berat yang diluluskan.

Namun Chalita yang dalam perjalanan ke Filipina untuk menyertai pertandingan Miss Universe itu tidak bimbang dan menafikan ia sangat berat.

Baginya, barang-barang seperti tiara, gaun dan pakaian renang yang dibawanya itu akan memberikan harapan kepadanya.


“Saya perlu membawa banyak kasut dan baju. Saya sangat teruja untuk berada di Filipina bagi mewakili negara saya,’’ katanya.

Peruntukan bagasi standard bagi syarikat penerbangan bagi penumpang ekonomi adalah 30kg untuk semua beg. Bagaimanapun bagi Royal Silk, berat itu ditambah kepada 40kg.

Tahun lepas Miss Universe dimenangi oleh peserta dari Filipina, Pia Wurtzbach. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com