Penjawat Awam Ditahan Atas Dakwaan Minta Rasuah


KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah semalam menahan seorang penjawat awam pagi atas dakwaan meminta rasuah RM1,290.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata penjawat awam berusia 37 tahun itu ditahan dalam ‘operasi perangkap’ di sebuah bangunan di pusat bandar ini kira-kira 10.46 pagi semalam.

“Tangkapan itu dibuat susulan aduan daripada seorang wanita berusia 50 yang menyatakan telah dihubungi penjawat awam berkenaan pada 9 Januari lepas yang meminta wang sebanyak RM1,290 sebagai imbuhan memproses Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com