Pengguna Twitter Cetus Tanda Tanya "Originality" Rekaan Baju Fafau

SEORANG pengguna laman mikro Twitter berkongsi satu foto yang memaparkan rekaan baju digayakan pengacara Fara Fauzana ketika menghoskan pertandingan berprestij tempatan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31 pada Ahad lalu.

Menerusi foto itu, individu yang menggelarkan dirinya sebagai Juju @arJUJUmand turut menulis status berbaur sinis seperti berikut; “Punya lah hebat rizalman ni sampai STEPHANE ROLLAND FALL 2013 tiru design dia. #proudmalaysian lol.”

Umum mengetahui baju yang disarung oleh Fafau pada malam tersebut direka oleh pereka tanah air terkenal Datuk Rizalman yang sememangnya mempunyai pengalaman yang luas dalam industri fesyen.

Namun setelah tertularnya kicauan Twitter daripada individu bernama Juju ini, timbul pula kesangsian terhadap keaslian atau originality rekaan baju tersebut.

Busana tersebut bagaimanapun dikatakan menyerupai rekaan pereka fesyen antarabangsa kelahiran Perancis; Stephane Rolland yang telah mengeluarkan rekaan itu sempena pertunjukan fesyen Haute Couture Fall Winter 2013-2014.

Pun begitu, setakat ini belum ada lagi penjelasan daripada pihak Rizalman berkaitan dengan baju yang digayakan oleh Fafau itu.

Terdahulu, baju penyanyi Dayang Nurfaizah yang juga direka oleh Rizalman ketika menyertai pertandingan AJL ke-30 menerima kritikan hebat malah dia juga dituduh meniru rekaan baju pereka fesyen antarabangsa, Balmain.

Namun tuduhan itu dinafikan oleh Rizalman sendiri yang menyatakan baju yang dipakai oleh Dayang pada pertandingan itu diinspirasikan daripada penyapu sihir. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com