PAN Tolak Cadangan Bergabung Dengan DAP


SHAH ALAM - Tidak perlu untuk PAS mencadangkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk bekerjasama hanya dengan DAP.

Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad berkata, PAN tidak mempunyai masalah untuk kerjasama dengan mana-mana parti pembangkang yang lain.

"PAN tiada masalah sama ada mahu kerjasama dengan DAP, PKR, atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Kenapa pula hanya dikhususkan hanya DAP? Padahal, PAS lah yang bermasalah dengan PKR, PPBM dan DAP," katanya semalam.

Khalid dalam masa sama turut membidas PAS dengan mengatakan PAS hanya tahu menuntut  pihak lain mengikut rentaknya, bagaimanapun tidak pandai mencari jalan untuk bermuafakat.

"PAS tidak diterima oleh mana-mana pemimpin. PAS yang tidak pandai berpakat, nak beri nasihat pada PAN bab berpakat?" soalnya sinis.

PAN dicadang supaya membentuk gabungan kerjasama atau pakatan politik dengan DAP.

Ini kerana menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad , kedua parti itu lebih rapat dan mesra dalam fahaman politik masing-masing.

 Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com