Pai Hangus, Tapi Stesen "London Underground" Kelam Kabut Ditutup


ORANG awam di sebuah stesen kereta api bawah tanah di London (London Underground) terpaksa dipindahkan gara-gara pai kepunyaan seorang pekerja stesen itu hangus dimasak.

Kejadian berlaku di stesen Golders Green di utara London, mengakibatkan perkhidmatannya ditutup pada pukul 9 malam Jumaat lalu.

Penumpang dan kakitangan dipindahkan selepas penggera kebakaran berbunyi dan keadaan stesen yang berasap.

Pasukan polis kemudiannya mengenal pasti insiden berpunca daripada seorang kakitangan yang pelupa sehingga membiarkan makanan pai dimasak begitu lama.

Pai epal yang hangus dimasak pekerja berkenaan untuk hidangan makan malam. - Mail Online

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com