Padah Swafoto, Pelancong Perancis Digigit Sang Bedal


SEORANG pelancong wanita dari Perancis terpaksa dimasukkan ke hospital selepas tindakan drastiknya yang mahu bergambar swafoto dengan sang bedal membawa padah.

Benetulier Lesuffleur, 46, dilaporkan cedera digigit di bahagian betis selepas terjatuh berhampiran binatang buas itu, dalam kejadian baru-baru ini.

Ketika kejadian, mangsa melawat Zoo Kho Yai National Park, Bangkok, Thailand bersama suaminya sebelum ternampak seekor buaya di dalam kawasan habitatnya.


Tidak mengendahkan larangan tidak boleh mendekati haiwan tersebut, Benetulier menceroboh ke arah buaya tersebut dalam usahanya untuk membidik gambar swafoto.

Susulan insiden itu, gambar dirinya dibawa keluar mengunakan pengusung bertebaran di laman sosial.


Wanita itu dilaporkan masih lagi mendapatkan rawatan di hospital dan doktor menjangkakan lukanya akan sembuh sepenuhnya dalam masa terdekat. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com