NOKIA Kembali Dengan Model Terbaru Telefon Pintar Nokia 6

HMD Global, syarikat Finland yang memegang lesen untuk mengeluarkan peranti mudah alih baru-baru ini melancarkan telefon pintar pertama mereka dibawah jenama Nokia, iaitu Nokia 6.

Pelancaran telefon pintar baharu tersebut memberikan ‘nafas baru’ buat jenama telefon bimbit ikonik itu sejak 2014, apabila Nokia Oyj memilih untuk menjual seluruh unit telefonnya kepada Microsoft.

Nokia 6 akan dikuasakan dengan platform Android dan dikeluarkan oleh Foxconn serta dijual secara eksklusif di China melalui peruncit atas talian, JD.com. Ia dianggarkan berharga dalam 1699 yuan seunit, iaitu sekitar RM1100.

Menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, Nokia 6 turut menggunakan rekaan skrin 2.5D dengan Gorilla Glass. Melengkapkan telefon pintar ini adalah cip pemprosesan daripada Qualcomm, iaitu Snapdragon 430.


Dari segi kamera, Nokia 6 hadir dengan kamera utama 16MP dengan pemfokusan PDAF manakala kamera hadapan adalah 8MP.

Biarpun masih untuk pasaran China, pihak HMD Global menyasarkan untuk memperkenalkan lebih banyak produk baru pada pertengahan pertama 2017 ini.

Seperti sedia maklum, Nokia suatu ketika dahulu merupakan pembuat telefon bimbit yang dominan di dunia tetapi terlepas peralihan kepada telefon pintar dan kemudian memilih sistem operasi Microsoft Windows untuk rangkai­an ‘Lumia’.

Selepas 2014, Microsoft terus menjual telefon asas pada harga rendah di bawah jenama dan telefon pintar Lumia di bawah namanya sendiri, tetapi pada tahun lepas, syarikat itu mening­galkan sebahagian besar ke­dua-dua perniagaan tersebut. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com