Nickelodeon Rancang Mahu Bina Resort Dasar Laut Di Filipina

Kepulauan Palawan yang dikatakan memiliki dasar laut yang tercantik di dunia menjadi pilihan Nickelodeon.
MANILA - Rangkaian televisyen kanak-kanak Amerika Syarikat (AS), Nickelodeon mengumumkan akan membina resort dasar laut dan taman tema di sebuah kepulauan terkenal di Filipina.

Naib eksekutif presiden Viacom International Media Networks yang memiliki Nickelodeon, Ron Johnson berkata, kepulauan Palawan telah dipilih untuk pembangunan kerana ia diketahui mempunyai beberapa pantai yang paling indah di dunia.

Firma disebalik kartun SpongeBob SquarePants dan Dora Explorer itu berkata, taman tema di pulau Palawan akan menjadi sebahagian pembangunan dasar laut 400 hektar.

Ia mempamerkan hidupan laut di kawasan yang akan memberi peluang kepada peminat untuk "berinteraksi dengan jenama dan ikonik watak-watak yang mereka suka".

Dalam kenyataan kepada AFP, Viacom mengumumkan perancangan pembinaan resort berkenaan yang akan dibuka pada 2020 dan dilengkapi restoran dan ruang istirahat enam meter dari bawah paras laut.

"Pembangunan tersebut akan "menyokong terhadap perlindungan laut," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, kumpulan alam sekitar Greenpeace mempertikaikan tindakan itu kerana menganggap  pembinaan taman tema itu akan memusnahkan ekosistem marin di kawasan terkenal di dunia itu.

"Adalah menyedihkan dan membimbangkan kerana taman tema yang begitu besar tidak akan menggalakkan perlindungan alam sekitar dengan pembinaan struktur bangunan," kata jurucakap Greepeace Asia Tenggara  Vince Cinches.

Dua lokasi di Palawan tersenarai tapak warisan dunia, Unesco.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com