Nampak Otak, Mayat Lelaki Ditemui Dalam Dusun Di Padang Perahu

Lokasi mangsa ditemui.
JITRA - Seorang lelaki ditemui mati akibat kesan cedera parah pada bahagian belakang kepala sehingga menampakkan otaknya di sebuah dusun di Kampung Imam, Padang Perahu, dekat sini petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abdul Hadi Hassan berkata, mangsa yang berusia 54 tahun ditemui tertiarap kira-kira 20 meter dari sebuah bangsal yang terdapat di dusun tersebut pada jam 3 petang.

"Terdapat kesan darah pada bangsal dan mangsa seperti diseret dari bangsal berkenaan sehingga ke tempat mayat ditemui.

"Siasatan awal mendapati mangsa mungkin seorang penagih atau pengedar dadah di kawasan berkenaan," katanya.

Menurutnya, mangsa  dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menjalani bedah siasat.

"Kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com