"Nabi" Sembuh Penyakit Kanser Guna Penyembur Serangga


Mengaku secara terbuka mendakwa dirinya seorang "nabi", seorang lelaki dari Limpopo, Afrika Selatan turut menggunakan kaedah merbahaya untuk menyembuhkan penyakit para pengikutnya.

Lethebo Rabalago, 24, mendakwa semburan racun serangga berjenama "Doom" itu boleh menyembuhkan penyakit kanser dan pelbagai penyakit lain.

“Mereka yang datang dengan penyakit dan kecederaan akan disembur dengan racun serangga dan kembali sihat,” katanya.


Upacara ritual agama itu diadakan Isnin lalu di Perhimpunan Agung Mount Zion bersama sukarelawan gereja yang merupakanya pengikutnya.

Pemuda yang turut mengelarkan dirinya sebagai ‘The Detective’ ini akan menyembur racun serangga di muka dan beberapa bahagian badan pengikutnya yang sakit secara percuma.

Tindakannya dikecam netizen kerana racun serangga boleh mendatangkan masalah jika digunakan pada tubuh badan manusia.

Bagaimanapun, pengeluar racun seranggan Doom menggesa Rabalago menghentikan upacara ritualnya kerana produk tersebut dibuat untuk membunuh serangga. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com