Muhamad Farkhan Juara Tinju WBC Asia


JOHOR BARU - Muhamad Farkhan Mohd Haron mencatatkan kebanggaan negara apabila merangkul tali pinggang Majlis Tinju Dunia (WBC) Asia bagi kategori light heavyweight pada Kejohanan Tinju Antarabangsa Johor (JIBC), Sabtu malam.

Anak kelahiran Johor itu menewaskan Sheikh Kaseba dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pusingan keempat.

Muhamad Farkhan, 26 menang menerusi pukulan TKO selepas menundukkan Sheikh dalam masa dua minit dan 36 saat.

Bercakap kepada pemberita selepas kejohanan itu, Muhamad Farkhan mendedikasikan kemenangannya kepada rakyat Malaysia terutama rakyat Johor di atas sokongan mereka.

"Ini menjadikan saya sebagai petinju di Malaysia yang pertama memenangi dua gelaran di bawah dua kategori berbeza," katanya selepas tali pinggang kemenangannya diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Terdahulu, Muhamad Farkhan memperoleh kemenangan sulung WBC Asia di Singapura, Julai lalu.

JIBC turut menghimpunkan lima pertarungan membabitkan 10 petinju dari seluruh dunia bagi merebut gelaran.

Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com