MTD Kuala Ketil Nafi Dakwaan PAN Kedah

Zakaria mewakili Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri tengah menyampaikan sumbangan kepada keluarga pelajar yang meninggal dunia akibat lemas di Sungai Kampung Kuala Merah sebelum ini.
KUALA KETIL - Majlis Tindakan Dun (MTD) Kuala Ketil menafikan dakwaan Parti Amanah Negara (PAN) Kedah kononnya Adun kawasan, Md Zuki Yusof lewat bertindak mengatasi masalah jambatan runtuh di Kampung Sungai Bemban.

Setiausahanya, Mejar (B) Zakaria Mansor berkata, Adun Md Zuki Yusof segera meninjau kawasan berkenaan selepas menerima aduan.

“Selepas menerima aduan daripada rakyat, beliau segera meninjau keadaan jambatan berkenaan dengan kadar segera. Masalah itu juga terus dimaklumkan Adun kepada pihak berkenaan.

“Namun pihak berwajib maklumkan tiada peruntukan untuk membina jambatan berkenaan. Masalah itu bagaimanapun akan sentiasa dipantau Pejabat Adun Kuala Ketil,” katanya di sini, kelmarin.

PAN menerusi media pada 26 Januari lalu mendakwa kelewatan memperbaiki jambatan runtuh sejak tiga bulan lalu berpunca daripada ketirisan kerajaan negeri dan pusat sementara Adun berkenaan lewat mengambil tindakan.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com