Mohd Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Serangan Di Istanbul


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melahirkan rasa terkejut berhubung insiden serangan di Istanbul, Turki baru-baru ini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 39 orang.

Najib, menerusi catatan terbaharu beliau dalam laman Twitter, berkata Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Turki dan mereka yang terjejas dalam  serangan itu.

"Terkejut dengan insiden serangan di Istanbul. Malaysia mengucapkan takziah kepada Turki dan mereka yang terjejas," kata beliau.


Najib juga mengulangi pendiriannya bahawa dunia harus bersatu bagi memerangi insiden keganasan seperti itu.

Menurut laporan antarabangsa, sebuah kelab malam di Turki diserang oleh seorang lelaki bersenjata ketika pengunjung dalam kelab malam itu menyambut tahun baharu.

Selain 39 orang maut, sekurang-kurangnya 69 orang cedera dengan empat daripada mereka dalam keadaan kritikal.

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com