Mat Juling, Geng Curi Lembu Di Kerian Berjaya Diberkas


BAGAN SERAI – Lima anggota geng mencuri lembu diberkas di sini awal bulan ini.

Ia termasuk seorang bekas banduan yang dikenali sebagai ‘Mat Juling’ berumur 27 tahun.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata 11 kes mencuri lembu di daerah Kerian yang berlaku antara Jun tahun lalu hingga awal bulan ini dapat diselesaikan dengan tertangkapnya mereka yang berumur antara 27 dan 50 tahun itu.

“Mereka akan menyumpit lembu dengan ubat pelali sebelum memasukkan lembu yang tidak sedar itu ke dalam kereta untuk dijual,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu memperoleh RM60,000 sebulan hasil daripada kegiatan mereka. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com