Masjid Selalu Jari "Sasaran" Di Texas Musnah Dalam Kebakaran


TEXAS – Sebuah masjid yang pernah menjadi sasaran jenayah kebencian di sini, beberapa tahun lalu, selain dipecah masuk seminggu lalu, musnah dalam kebakaran awal pagi, kelmarin.

Seorang kerani di kedai serba guna berkata, beliau melihat kepulan asap dan api di Pusat Islam Victoria kira-kira jam 2 pagi dan terus menghubungi pihak bomba.

Marshal Pasukan Bomba Victoria, Tom Legler, berkata pihaknya meminta bantuan Pejabat Marshal Bomba Texas dan Biro Alkohol, Tembakau, Senjata api dan Bahan Letupan Persekutuan untuk menyiasat punca kejadian.

Sementara itu, Presiden Pusat Islam Victoria, Shahid Hashmi, berkata pihak berkuasa memaklumkannya masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu. – Agensi

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com