Majikan Perlu Bayar Levi Pekerja Asing Mulai Hari Ini


PETALING JAYA - Bermula hari ini, majikan bertanggungjawab membayar levi pekerja asing, kata Kementerian Dalam Negeri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, majikan tidak lagi dibenarkan memotong gaji pekerja asing untuk bayaran levi.

Ini adalah peraturan di bawah Komitmen Mandatori Majikan (EMC) yang bertujuan untuk memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya kepada pekerja asing mereka.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen itu akan berkuatkuasa dari peringkat permohonan sehingga pekerja asing dihantar pulang ke negara asal mereka.

"Kerajaan juga akan memperkenalkan surat aku janji yang akan menggariskan tanggungjawab dan keperluan yang perlu dipenuhi oleh majikan pada masa akan datang," kata Ahmad Zahid menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sumber: mStar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com