AddThis

Mahkamah Larang Guna Agama, Kasta Pancing Undi Di India


NEW DELHI – Mahkamah tertinggi India semalam melarang ahli politik menggunakan agama dan kasta untuk memancing undi, satu keputusan yang boleh memaksa parti-parti politik mengubah strategi mereka dalam pilihan raya akan datang.

“Ahli politik tidak dibenarkan meraih undi atas nama kasta, kepercayaan atau agama,” kata Ketua Hakim Negara, TS Thakur, dalam satu arahan, sambil menambah proses pilihan raya perlu dilaksanakan secara sekular.

India secara rasmi adalah sekular tetapi parti politik secara tradisinya menggunakan agama dan kasta sebagai kriteria utama untuk memilih calon dan untuk memancing pengundi.

Parti pemerintah Perdana Menteri, Narendra Modi, Parti Bharatiya Janata (BJP) sejak bertahun lalu memperjuangkan parti berasaskan agenda nasionalis Hindu.

Pada masa lalu, ahli partinya pernah dituduh membuat kenyataan anti-Islam untuk mempolarisasikan pengundi Hindu.

Keputusan mahkamah itu dibuat hanya beberapa minggu menjelang pilihan raya negeri di Uttar Pradesh, negeri paling ramai penduduk di India di mana kedua-dua isu agama dan kasta umumnya menguasai kempen.

Keputusan pilihan raya itu cukup penting untuk Modi mengekalkan kerusi bagi penggal kedua pada 2019. – Agensi

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com