Lisa Surihani Dinobat Ratu Media Sosial Melayu


LAMAN portal berita Mediacorp Singapura telah membuat satu survey bagi mencari siapakah selebriti wanita Malaysia yang layak bergelar Ratu Media Sosial Melayu.

Menerusi survey dilakukan, portal itu menyenaraikan 10 nama besar barisan selebriti tempatan antaranya Lisa Surihani, Dato Siti Nurhaliza, Neelofa, Hanis Zalikha, Elfira Loy, Fazura, Nelydia Senrose, Scha Al-Yahya, Nora Danish dan Rozita Che Wan.


Gelaran Ratu Media Sosial Melayu dikira berdasarkan kepada jumlah pengikut yang dimiliki mereka menerusi laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Selebriti wanita yang berjaya menggondol gelaran tersebut ialah Lisa Surihani iaitu isteri kepada Yusry KRU dengan total keseluruhan pengikut berjumlah 8.9 juta pengikut merangkumi 3.5 juta pengikut di Twitter, 2.7 juta di Facebook dan 2.7 juta di Instagram.

Manakala Neelofa pula mendominasi tempat kedua seramai 7 juta pengikut dari kesemua laman sosial yang dimilikinya.

Meskipun fenomena LoFattah dan penangan drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot tular di media sosial, namun ianya tidak dapat menjadikan Neelofa sebagai Ratu Media Sosial Melayu.

Tempat ketiga pula menjadi milik ibu kepada Lara Alana iaitu Scha Al-Yahya dengan 6.6 juta pengikut dan pelakon serta pemilik label jenama pakaian Owl, Nora Danish pula di tempat keempat dengan 6.3 juta pengikut.


Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza pula sekadar menyandang tempat kelima dengan 6.2 juta pengikut namun kedua tertinggi di laman mikro Twitter sebanyak 2.09 juta pengikut di belakang Lisa Surihani.

Manakala tempat seterusnya pula disandang blogger dan juga pengacara Hanis Zalikha dengan 4.8 juta, Elfira Loy sebanyak 4.6 juta, Nelydia Senrose (4.3 juta), Fazura (3.9 juta), dan akhir sekali bekas pramugari dan ibu awet muda Rozita Che Wan (3.7 juta).

Kesemua 10 nama selebriti yang tersenarai itu mempunyai kekuatan dan pengaruhnya tersendiri di laman sosial. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com