Liga Malaysia 2017: Pasukan JDT 90 Peratus Lengkap


KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah 90 peratus lengkap untuk mengharungi Liga Malaysia 2017.

Ketua Jurulatih JDT merangkap Pengurus JDT, Mario Gomez berkata, JDT cuma menunggu ketibaan dua pemain lagi untuk melengkapkan pasukan itu.

“Kami masih menanti dua lagi pemain yang akan tiba beberapa hari lagi untuk melengkapkan skuad JDT 2017.

“Kami akan memaklumkan kepada penyokong sebaik sahaja pemain tersebut tiba dan saya cukup teruja melihat pilihan dan kepelbagaian yang boleh dilakukan oleh pasukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Gomez berkata, beliau turut gembira dengan perkembangan dan kerja keras yang ditunjukkan oleh pasukan JDT untuk memulakan musim ini.

Katanya, banyak impak positif dapat dilihat pada pasukan itu termasuk terdapat ramai pemain senior dan pemain muda yang bagus.

“Brian Fereira (pemain import baharu JDT) betul-betul mengkagumkan saya dengan usaha keras beliau.

“Dalam masa sama juga kami mempunyai pemain yang baik dalam skuad JDTII,” katanya. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com