Kes Curi Motosikal Di Kulim Meningkat


KULIM – Kes kecurian motosikal di Kulim menunjukkan peningkatan iaitu 471 kes berbanding 409 tahun lepas.

Ketua Polis Kulim Supt Abdullah Arshad berkata, ia melibatkan penahanan 277 suspek tahun ini berbanding 176 pada tahun lepas.

“Lapan puluh peratus kejadian curi motosikal terjadi pada pukul 4 petang hingga 12 tengah malam dan kebanyakan berlaku di kawasan terbuka,” katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Antara kawasan yang sering menjadi sasaran pencuri motosikal adalah di Kulim Landmark (24 kes), Pekan Kulim (16), dan sekitar pasar raya besar Tesco (12). – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com