AddThis

Kedah Siap Sedia Hadapi Banjir - MB


ALOR SETAR – Kedah sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir dengan mengenal pasti kawasan berisiko dilanda bencana itu, ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana juga telah diarah membuat persiapan dan berada dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

“Agensi seperti Pejabat Daerah, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta mengambil tindakan pantas bagi memindahkan mangsa banjir ke lokasi selamat sekiranya situasi itu berlaku.

“Begitu juga dengan depoh bekalan makanan JKM dan keperluan asas mangsa banjir di setiap daerah, kami minta JKM selaraskan,” katanya selepas melakukan lawatan sempena hari pertama sesi persekolahan 2017 di Sekolah Kebangsaan Mergong di sini, semalam.

Antara kawasan rendah dan sering dilanda banjir daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda. – BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com