Kabinet Dapatkan Pandangan BNM Isu Kerugian Forex AS$10 Bilion


KUALA LUMPUR – Kabinet akan mendapatkan pandangan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung dakwaan kerugian tukaran asing sebanyak AS$10 bilion pada awal 1990-an sebelum mengambil langkah selanjutnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memandang serius perkara tersebut.

“Bagaimanapun, saya dan anggota kerajaan perlu mendapatkan pandangan dan ulasan BNM dan pihak-pihak lain. Kemudian, Jemaah Menteri akan membuat keputusan dalam hal tersebut,” katanya.

Najib yang juga presiden UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini, semalam.

Bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan berkata bank pusat itu mengalami kerugian tukaran asing AS$10 bilion pada awal 1990-an.

BNM dalam satu kenyataan bagi menjawab dakwaan itu berkata institusi itu sudah mencapai kemajuan yang lebih kukuh, telus dan lebih bertanggungjawab sejak kerugian tukaran asing berlaku hampir 25 tahun lepas. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com