Johari Bertemu 20 Pengurus Dana Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani, bersama-sama Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Tan Sri Ranjit Ajit Singh, bertemu 20 pakar industri antarabangsa dari institusi pelaburan dan pengurusan dana global pada sesi dialog tertutup di SC pagi ini.

Antara yang menghadiri dialog itu ialah wakil dari Hong Kong, Korea, Singapura dan United Kingdom.

Secara kolektif, organisasi berkenaan mewakili lebih US$19 trilion atau kira-kira 26 peratus daripada jumlah keseluruhan aset global di bawah pengurusan.

Dialog tersebut meliputi topik-topik berkaitan domestik, serantau dan global termasuk pandangan pelaburan, perspektif pasaran serta peluang dalam landskap ekonomi dan korporat Malaysia.

Johari mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada dialog berkenaan. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com