Janet Jackson Selamat Lahirkan Anak Sulung Di Usia 50 Tahun


Adik mendiang Micheal Jackson, Janet Jackson dilaporkan telah selamat melahirkan anak sulungnya dalam usia 50 tahun, semalam.

Jurucakap bintang pop itu memaklumkan, Jackson dan suaminya, Wissam Al Mana begitu teruja dengan kelahiran anak lelaki mereka, Eissa Al Mana.

Selain itu, jurucakap itu turut memberitahu, proses bersalin Janet berjalan dengan lancar .

“Janet tidak menghadapi masalah ketika bersalin dan kini sedang berehat,” kata jurucakap penyanyi itu kepada majalah People.

Jackson yang mengahwini ahli perniagaan Qatar pada 2012, mengemparkan peminat dengan berita gembira apabila mengesahkan dirinya hamil pada bulan Mei.

Spekulasi mengenainya kehamilannya sudah pun timbul April lalu apabila adik mendiang raja pop, Michael Jackson ini menghentikan konsert jelajah dunia dengan alasan dia dan suami sedang “merancang untuk bina keluarga”

Menurut laporan Mirror, penyanyi lagu Control ini dipercayai sudah memeluk agama Islam sejak berkahwin dengan Al Mana pada 2012. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com