Jackie Chan Ke Mumbai Promosi Filem ‘Kung Fu Yoga’


MUMBAI – Pelakon aksi popular antarabangsa Jackie Chan tiba di Mumbai pada Isnin untuk mempromosi filem terbarunya “Kung Fu Yoga”, yang turut dibintangi aktor popular Bollywood Sonu Sood, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI).

Ketibaan Jackie di lapangan terbang bandar itu kira-kira 11 pagi disambut oleh Sonu.

Menurut sumber, pelakon popular Hong Kong berkenaan dijadual membintangi program “The Kapil Sharma”.

Program Kapil Sharma merupakan program berbentuk komedi di hadapan penonton dan bual bicara yang mula ditayangkan pada 23 April tahun lepas.

Filem Kung Fu Yoga diarahkan Stanely Tong dijadual menemui penonton India pada 3 Februari. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com