Isteri Dirodok Kayu Penggiling Tepung Kerana Tak Subur


Hanya kerana tidak mempunyai anak, seorang lelaki sanggup menjolok penggiling adunan yang diperbuat daripada kayu sepanjang 40cm ke dalam usus isterinya.

Serangan itu dilakukan oleh lelaki terbabit selepas dia menuduh isterinya yang berusia 38 tahun itu tidak subur.

Wanita berkenaan terpaksa dimasukkan ke hospital di Uttarakhand, utara India selepas mengadu sakit perut. Dia dan suaminya berasal dari Nepal.

Pada mulanya doktor yang melakukan x-ray tidak dapat mengesahkan kecederaannya sehinggalah sepasukan doktor menjalankan pembedahan dan alangkah terkejutnya apabila melihat penggiling adunan terbabit dalam ususnya.

“Kami amat terkejut dan tidak menjangkakan keadaan ini. Kami hanya melihat seperti bayang seperti kayu dalam x-ray tetapi tidak dapat mengenalpasti objek terbabit.

“Kecederaan dalaman yang dialaminya adalah serius dan dia boleh meninggal dunia. Saiz penggiling adunan itu adalah 40 cm panjang dan ia merupakan yang terbesar pernah dimasukkan ke dalam badan manusia,’’ kata pakar bedah, Dr. Kedar Singh Shahi.

Sementara itu, wanita berkenaan ketika ditanya enggan menceritakan punca dia mengalami kesakitan kerana suaminya berada di sisinya ketika itu namun selepas lelaki itu tiada, barulah dia mendedahkan penderaan yang dilaluinya.

Itupun selepas tiga hari dia dimasukkan ke hospital. Wanita itu tidak akan dikenakan apa-apa bayaran hospital. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com