Ibu Dan Anak Mengembara Keliling Dunia Setahun


PADA tarikh ini, kira-kira setahun yang lalu, Evie Farrell langsung tidak terfikir untuk mengembara.

Namun selepas kematian kawan baiknya, Evie, 43, yang berasal dari Sydney, telah mengemas baju dan mengeluarkan simpanannya berjumlah $30,000 lalu bersama dengan anak perempuannya, Emmie, dia memberanikan diri untuk mengembara.


Evie dan Emmie memulakan pengembaraan itu pada Februari tahun lepas dan selepas hampir setahun, mereka belum merancang untuk kembali ke rumah mereka.

Dua beranak itu telah melawat Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, London, Paris dan China.


Menurut Evie, pada mulanya dia merancang untuk mengembara selama setahun namun ketika tempoh berkenaan semakin hampir, Evie memutuskan untuk menambah perjalanan tersebut kepada enam bulan lagi.

“Emmie akan ke sekolah selama beberapa bulan dan pada masa sama saya akan bekerja bagi mendapatkan wang untuk membolehkan kami terus bergerak.

”Semua duit simpanan saya telah habis namun nasib baik rumah saya disewakan dan dapatlah duit.

”Apa yang saya pelajari ialah jika kita mahukan sesuatu itu, kita boleh menjayakannya,’’ kata Evie.


Evie berkata, sepanjang perjalanan itu, mereka telah bertemu dengan keluarga lain yang turut mengembara dan ia membantu Emmie untuk mendapatkan kawan.

Selepas ini, Evie dan anaknya akan kembali ke Vietnam sebelum menyeberangi Kemboja untuk melawat pusat pemuliharaan gajah.


Ditanya sama ada dia kesal kerana meninggalkan kehidupan lalu di Australia, Evie berkata dia langsung tidak menyesal kerana dengan mengembara dia dapat menghabiskan masa dengan anaknya.

”Jika tidak saya akan bekerja setiap hari dan Emmie akan ke sekolah. Tetapi kini kami dapat menghabiskan masa bersama ketika dia masih kecil,’’ katanya. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com