Ibu Bapa Menderita Gara-Gara Anak Ke Sekolah Tahun Ini?


KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa kononnya tahun 2017 adalah tahun yang paling perit buat golongan ibu bapa membuat persiapan untuk anak mereka memulakan sesi persekolahan.

Naib Pengerusi 3 PAN, Mariam Abdul Rashid mendakwa kononnya semua ibu bapa tidak perlu bersusah payah menyediakan keperluan anak-anak ke sekolah jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara.

“Tahun 2017 adalah tahun yang mana ibu bapa merasakan sangat-sangat perit dan terbeban dengan kos perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka yang meningkat.

“Pemerintah langsung tidak hirau derita rakyat malah mereka terus menerus dengan kehidupan mewah membelanjakan harta negara dan rakyat demi kepentingan peribadi,” dakwanya dengan penuh prejudis dalam satu kenyataan media semalam.

Mariam dalam nada menghasut turut menggesa rakyat agar mengubah kerajaan sedia ada kepada Pakatan Harapan yang didakwa konon sebagai lebih telus dan beramanah.

“Rakyat Malaysia sudah cukup-cukup derita. Pilihan Raya Umum Ke-14 adalah masa rakyat Malaysia merubah kepada kerajaan Pakatan Harapan yang sudah terbukti kecemerlangannya di Selangor dan Pulau Pinang,” dakwanya. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com