Hanez Suraya Dilapor Failkan Permohonan Cerai

PERSOALAN mengenai nama pelakon Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin yang tersenarai dalam kes MAL di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam akhirnya terjawab.

Dikhabarkan, pelakon Autumn Di Hatiku ini telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang berusia 37 tahun di mahkamah semalam.

Bagaimanapun, Hanez, 32 tidak hadir ke mahkamah dan membuat permohonan tersebut menerusi peguamnya.

Namun, Hanez dilaporkan masih bertindak ‘berdiam’ diri dan sehingga kini tiada penjelasan berhubung perkara terbabit.

Pergolakan rumah tangga Hanez pernah menjadi liputan meluas beberapa bulan lalu namun dikhabarkan pasangan itu dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun baru-baru ini.

Difahamkan, Hanez pernah meluahkan keinginannya untuk kembali aktif berlakon awal tahun ini namun suaminya tidak memberi keizinan untuknya kembali ke dunia hiburan.

Pasangan yang diijabkabulkan pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com