AddThis

Gonzalo Cabrerra Sah Pemain Import Baru JDT


KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil bekas pemain kelab Al-Faisaly FC di Arab Saudi bagi mengisi kekosongan slot pemain importnya yang dikosongkan oleh Juan Martin Lucero dan Jorge Pereyra Diaz.

Laman Facebook rasmi JDT melaporkan, Gonzalo Cabrerra, 27, yang berasal dari Argentina merupakan seorang pemain berpengalaman yang juga pernah beraksi untuk pasukan Boca Juniors.

“Pemain ini akan memperkuatkan skuad utama JDT untuk mengharungi musim 2017,” lapor laman Facebook berkenaan semalam.

Selain itu, JDT turut mengumumkan Samuel Caceres dari Itacurubi de la Cordillera, Paraguay akan menyertai skuad JDTII selaku pemain pertahanan.

Pemain itu pernah beraksi untuk Kelab Atlético Independiente de Avellaneda dan Club Atletico Nueva Chicago (Argentina) serta New York Cosmos (Amerika Syarikat).

“Pemain berpengalaman ini akan mengisi slot pemain luar negara skuad JDT II bagi musim 2017,” kata Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com