Depan Pesawat Rosak Berlanggar Dengan Dron


BAHAGIAN depan sebuah pesawat mengalami kerosakan dipercayai telah berlanggar dron di Mozambique, Khamis lalu.

Ketika kejadian pesawat yang membawa 80 penumpang sedang menghampiri lapangan terbang di Tete.

Anak kapal terdengar bunyi kuat tetapi menyangkakan ia disebabkan dilanggar burung.

Punca kejadian hanya dikenal pasti selepas pemeriksaan penerbangan dibuat mengenai kerosakan.

Tiada darah atau bulu yang dikesan, sekali gus menguatkan lagi objek misteri berkenaan adalah dron.

Beberapa laporan di Mozambique menyebut bahawa objek misteri itu adalah dron walaupun maklumat syarikat penerbangan LAM Mozambique Airlines menyifatkan ia sebagai 'badan luaran'.

Syarikat penerbangan itu memberitahu agensi berita Portugal, Lusa bahawa kemungkinan pesawat itu dirempuh dron merupakan satu spekulasi.

Pihak berkuasa sedang menyiasat insiden berkenaan.

Ketua Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Penerbangan Awam memberitahu Lusa bahawa terlalu awal untuk menyatakan punca kerosakan pesawat.

Menurut kenyataan pengeluar dron, Drone Manufacturers Alliance dalam laporan USA Today memberitahu objek tersebut belum disahkan lagi sebagai dron.

Bagaimanapun ia berkata, laporan itu akan diambil secara serius dan pihak syarikat akan memberikan bantuan kepada pihak berkuasa Mozambique dalam menyiasat insiden berkenaan. - Mail Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com