Dadah: Warga Emas Dipenjara 6 Bulan

Gambar Hiasan
ALOR SETAR – Seorang warga emas dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Alor Setar atas kesalahan memiliki dadah tahun pada lalu.

Said Saad, 60, didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 September 2016 di Kawasan Pelantar Siput Ah Luu, Jalan Kampung Sematang Pinang, Kuala Kedah kira-kira jam 10.30 pagi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia telah didapati memiliki dadah berbahaya iaitu heroin dan monoacetylmorphines seberat 0.23 geram.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Dia yang hadir di kamar mahkamah dengan mengenakan baju berwarna merah kemudiannya mengaku bersalah.

Majistret, Noor Farah Hazwani Osman menerima pengakuan tertuduh dan mengenakan hukuman penjara selama tempoh enam bulan bermula dari tarikh ditangkap.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Savinder Singh Jugindar Singh.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com