Beza Cuma 10 Minit, Kembar Dua Lahir Tahun Beza


GLENDALE – Hanya 10 minit membezakan waktu lahir mereka namun sepasang kembar lelaki dilahirkan pada dua tahun berbeza di sini, hujung minggu lalu.

Stesen televisyen tempatan, KNXV-TV melaporkan Holly dan Brandon Shay menyambut kelahiran anak lelaki pertama, Sawyer pada 11.51 malam Sabtu lalu di Hospital Banner, Arizona.

Kembarnya, Everett pula bagaimanapun dilahirkan pada 12.01 tengah malam Ahad.

Bapa mereka, Brandon bergurau Sawyer akan mengusik adiknya selaku anak lebih tua.

Kejadian sama turut berlaku di San Diego, California hujung minggu lalu.

Kembar perempuan dilahirkan di Hospital Sharp Mary Birch, Arizona masing-masing pada 11.56 malam Sabtu dan 12 tengah malam Ahad. – AP

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com