Bekas Banduan Paling "Hot" Kini Sudah Hidup Mewah


JEREMY Meeks yang dinobatkan sebagai penjenayah paling ‘hot’ di dunia selepas gambar mugshot beliau yang dimuatnaik dalam media sosial oleh polis menjadi viral, telah berjaya menempa kekayaan selepas keluar dari penjara.

Meeks, 32, yang kini menjadikan modelling sebagai karier, telah memperolehi pendapatan berjuta ringgit dan terkenal.

Sejak dibebaskan dari penjara, bekas banduan yang kacak dan seksi itu telah memuatnaik gambar-gambar mengenai kehidupannya untuk tatapan peminat dan imej berkenaan menunjukkan Meeks kini hidup mewah.

Beliau bukan sahaja mampu memiliki rumah agam malah memandu kereta Maserati berharga £120,000.


Meeks juga kelihatan gembira bersama keluarganya.

Gambar-gambar yang dimuatnaik dalam instagramnya itu mendapat pujian daripada peminat Meeks yang gembira kerana dia mendapat peluang kedua.


“Hidup kau kini berubah. Kekalkan ia. Kau berhak mendapat peluang kedua.

“Kau adalah contoh di mana manusia boleh berubah daripada perkara buruk kepada perkara paling hebat,’’ demikian tulis peminatnya yang memuji perubahan Meeks itu. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com