Banjir Terengganu Meruncing, Jumlah Mangsa Meningkat Kepada 4,352 Orang

Anggota tentera memindahkan mangsa banjir dari pusat pemindahan Masjid Kampung Pasir Simpul ke Sekolah Kebangsaan Kuala Ping di Hulu Terengganu selepas masjid itu juga dinaiki air pada Selasa. -fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU - Banjir di Terengganu bertambah buruk setakat pukul 9 malam Selasa dengan peningkatan jumlah mangsa seramai 4,352 orang berbanding 3,255 orang petang tadi.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi Infobanjir, seramai 1,372 keluarga kini berada di 77 pusat pemindahan di enam daerah negeri itu.

Hulu Terengganu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,845 orang (576 keluarga) di 24 pusat pemindahan diikuti Besut seramai 1,476 mangsa (361 keluarga) di 23 pusat pemindahan.

Di Kemaman pula seramai 299 mangsa diikuti Setiu (443), Dungun (259) dan Marang (30). - Bernama

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com