Banglo Mewah Aliff Syukri Kini Jadi Milik Nur Sajat


Jika ada yang masih ingat pada tahun lalu, jutawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri pernah memaklumkan beliau mahu menjual rumah lot banglo mewahnya di Seksyen 10, Kota Damansara dengan harga lelong RM11 juta.

Nampaknya hak milik banglo itu kini sudah pun bertukar tangan apabila berjaya dijual kepada rakannya yang juga seorang jutawan kosmetik, Nur Sajat.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Aliff Syukri menerusi laman Instagramnya.

Awan yg terpilu😭😭kami terpaksa berpindah.. . . hari ni saya nak meluahkan rasa sedih saya sbb terpaksa meninggalkan rumah kesayangan saya ni yang dah hampir 5 tahun saya tinggal di sini,rumah pertama saya dan segalanya bermula di sini suka duka susah dan sedih semua ada syggg sgt nak tinggalkan... disebbkan rumah baru sy tak siap lagi sy akan berpindah di rumah persingahan sy yg lain di kampung... . . Lepas ni korang akan rindu suasana saya bercucuk tanam, since main dodi dan berjoging diperkaranga. Rumah saya.. sbb saya akan duduk di kampung.. . . dan yang paling penting tahniah kpd usahawan perempuan @nursajat02 sbb menjadikan impiannya menjadi realiti untuk memiliki rumah banglow mewah 10bilik ini,harap dapat jaga rumah ni sebaik2 πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»
A photo posted by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Walau bagaimanapun, jumlah sebenar yang dibayar Nur Sajat untuk memilik banglo 10 bilik itu tidak didedahkan.

Menerusi posting itu, pengasas D’herbs ini turut menyatakan perasaan sedihnya apabila terpaksa meninggalkan banglo yang telah didiaminya selama lima tahun itu.

“Rumah pertama saya dan segalanya bermula di sini suka, duka, susah dan sedih semua ada sayang nak tinggalkan.


“Tahniah kepada usahawan perempuan @nursajat02 sebab menjadikan impiannya menjadi realiti untuk memiliki rumah banglo mewah 10 bilik ini, harap dapat jaga rumah ni sebaik-baiknya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aliff Syukri memaklumkan dia akan berpindah ke rumah persinggahannya di kampung sementara menunggu rumah banglonya bernilai RM20 juta siap dibina.


Difahamkan, Aliff Syukri menjual rumah banglo rekaan ala istana itu kepada Nur Sajat termasuk dengan perabotnya sekali. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com