80 Panggilan Kecemasan Libat Kes "Cincin Sangkut Di Alat Sulit"


KUALA LUMPUR - Kira-kira 80 peratus panggilan kecemasan yang diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat melibatkan kes "cincin zakar" tersangkut pada kemaluan lelaki bagi tempoh sejak lebih tiga tahun lalu.

Ketua Pegawai Operasi jabatan itu, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima lapan kes cincin tersekat pada zakar mangsa pada tahun lalu manakala 22 kes sama pada 2015 dan 10 kes pada 2014.

Ujarnya, kebanyakan panggilan kecemasan melibatkan kes itu dibuat oleh pihak hospital.

"Kebiasaannya kes seperti ini, pihak hospital akan menghubungi kami untuk memberi bantuan kerana mereka tidak memiliki peralatan yang sesuai bagi mengeluarkan cincin daripada alat sulit," katanya.

Selain itu, Samsol berkata, cincin yang tersekat pada alat sulit lelaki sukar dibuang berbanding barangan kemas kerana alat tersebut diperbuat daripada besi yang keras.

Susulan itu, beliau menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan penggunakan cincin zakar terutamanya yang diperbuat daripada besi.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kes seorang lelaki berusia 30-an terpaksa meminta bantuan bomba selepas cincin yang digunakannya terlekat pada alat sulitnya.

Kejadian itu melibatkan 12 anggota dari dua balai bomba dan memakan masa lima jam untuk mengeluarkan cincin berkenaan.

Sumber: mStar

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com