3 Lelaki Tukang Beli "Road Tax" Palsu Ditahan Polis


IPOH – Tiga individu dipercayai pembeli cukai jalan palsu ditahan di kawasan Kampung Rapat Simpang Pulai di sini, petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak Supt Lee Ewe Kiang berkata dalam tangkapan itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM4,700 serta tiga keping cukai jalan palsu.

“Polis sedang mendapatkan tempoh tahanan reman ketiga-tiga lelaki itu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, tiga individu itu juga merupakan orang perantaraan penjualan cukai jalan palsu dan disyaki mempunyai kaitan dengan lima individu dipercayai anggota ‘Geng Tuah’ yang aktif memalsukan dokumen kerajaan.

Anggota sindiket itu ditahan pada Jumaat dan Ahad lepas kerana dipercayai memalsukan kad pengenalan, lesen memandu, cukai jalan dan perakuan pendaftaran untuk kereta klon atau curi sejak beberapa tahun lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh juga dikenakan denda. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com