2,300 Kg Minyak Masak Diseludup Dari Malaysia Ke Thailand


SATUN – Tentera Thailand menahan sebuah pikap dan merampas 2,300 kilogram (kg) minyak masak yang dilapor diseludup daripada Malaysia di sempadan Satun-Perlis kelmarin.

Ketua Operasi Pencegahan Penyeludupan dan Pemerdagangan Manusia Sempadan Satun-Perlis, Kol Nipol Chantana berkata pihaknya menemukan 1,700 kg minyak masak dalam paket 1 kg dan 600 kg minyak masak dalam botol 5 kg.

Beliau berkata minyak masak dijual di pasar Hatyai pada harga THB35 (RM1=7.1 Baht) untuk paket 1 kg manakala bagi botol 5kg, ia dijual pada harga THB180.

Sementara itu seorang pengedar daun ketum ditahan dan 49 kg daun itu yang cuba diseludup dari Malaysia dirampas semalam, katanya. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com