VIRAL: Cikgu Terkejut Alas Kaki Dibeli Kandungi Ayat Al-Quran


SEORANG guru tidak menyangka maklumat yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp mengenai penemuan ayat al-Quran dalam alas kaki di Indonesia, turut berlaku pada dirinya.

Kamariah Ali yang mengambil langkah waspada setelah menerima mesej tersebut, membuat pemeriksaan pada alas kaki yang dibelinya sebaik sahaja pulang ke rumah.

Alangkah terkejutnya, apabila mendapati beberapa kertas yang mengandungi ayat al-Quran berada dalam alas kakinya.

Menurutnya Kamariah yang tinggal di Kuala Berang, Terengganu, alas kaki itu dibelinya di kedai Eco Shop.

Kamariah turut meminta orang ramai yang mempunyai alas kaki yang mempunyai rekaan yang seakan-akan sama supaya melakukan pemeriksaan agar kejadian yang sama tidak berulang.

Posting yang dimuat naik Kamariah pada Selasa lalu, lantas mengejutkan ramai dan menjadi viral hingga mendapat lebih 8,426 shares.


Rata-rata menzahirkan rasa sedih dan kecewa apabila merasakan ada pihak tertentu berniat menghina dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Sementara itu, Eco Shop Malaysia tampil mengeluarkan kenyataan susulan kes viral penemuan ayat al-Quran dalam alas kaki yang dijual mereka.

Dalam kenyataan itu, Eco Shop Malaysia memberitahu, pihaknya berjanji akan menyiasat hal ini dengan teliti dan akan merujuk dengan pihak pengeluar.

“Kami telah mengarahkan kesemua 82 cawangan kami untuk memberhentian segala penjualan alas kaki dan menurunkan semua stok daripada rak jualan kami dengan segera.

“Disini, kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan yang dihargai atas segala kesulitan yang disebabkan oleh kejadian ini,” tulis kenyataan itu seperti yang tertera di laman rasmi Facebook Eco Shop Malaysia.


Pada Ahad lalu, media Indonesia melaporkan beberapa rakyatnya menemui ayat al-Quran dalam alas kakinya sekali gus mencetuskan kebimbangan ramai.

Melihat insiden yang berlaku di Indonesia, netizen Malaysia percaya pengeluar alas kaki itu dipercayai daripada syarikat yang sama. –Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com