VIDEO: Detik Cemas Kejadian Rompakan Di Bangi Sempat Dirakam


PETALING JAYA - Detik-detik cemas satu kejadian dipercayai rompakan bersenjata sempat dirakamkan orang awam di sekitar ibu negara, pada Khamis.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan laman Facebook, Ifo Roadblock Jpj/Polis, kejadian berkenaan berlaku berhadapan Petronas Seksyen 15 Bangi.

Jelas maklumat itu, kumpulan penyamun yang menaiki dua buah kereta jenis Toyota Hilux dan Proton Persona cuba merompak mangsa yang menaiki kereta mewah Mercedes berwarna hitam.

Mangsa dipercayai membawa wang tunai gaji pekerja dan diekori dari Uniked sebelum dihimpit oleh kedua-dua buah kereta suspek berdekatan bulatan Seksyen 15.

Namun rompakan tersebut gagal dan ketiga-tiga buah kereta terbabas.

Dalam rakaman selama 39 saat itu, kelihatan pemandu kereta Proton Persona memandu berlawanan arus sebelum melanggar sebuah motosikal.

Kemudiannya, pemandu lelaki itu melarikan diri ke seberang jalan.

Tiada maklumat yang diterima oleh pihak polis bagi mengesahkan kejadian itu.



Sumber: mStar

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com