Umat Islam Patut Rujuk Rasulullah, Bukan Ahli Falsafah Atau Pendeta

KUALA LUMPUR – Umat Islam tidak sepatutnya merujuk kepada teori ahli falsafah dan pendeta Grece, Rom dan Parsi atau pemikir bukan Islam dalam berbicara atau mengupas sesuatu isu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setiap penganut Islam wajib menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai teladan untuk setiap urusan dunia dan akhirat.

“Pujangga Islam Mustafa Lutfi Manfaluti pernah menegaskan kita tidak perlu kepada teori ahli falsafah dan pendeta atau pemikir bukan Islam daripada Timur dan Barat kerana kita punya Rasulullah S.A.W yang menjadi teladan terbaik,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hadi turut mengingatkan sesetengah teori dan falsafah yang hanya berasaskan pemikiran manusia itu cuma mementingkan hak kebebasan individu tanpa mengambil kira hak masyarakat atau menjaga kepentingan masyarakat.

Tegas beliau, hal tersebut akhirnya mengorbankan hak individu, berkeluarga dan berbangsa sesebuah masyarakat.

“Begitulah seterusnya menggunakan akal dan ilmu manusia sahaja tanpa hidayah wahyu yang dibawa para Rasul sehingga berlakunya kepincangan dan kerosakan dalam kehidupan manusia dan alam sekitarnya,” katanya.

Difahamkan bahawa segelintir pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malayia (PPBM) sering mengutarakan teori dan falsafah ilmuan bukan Islam dalam ucapan atau perbahasan politik mereka.

Mereka mengetengahkan eori dan falsafah berasaskan logik akal dan pemikiran manusia semata-mata itu bagi menghasut pemikiran orang ramai supaya menyokong mereka. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com