"Surprise" Honda Thailand Buat Peminat Teruja Dengan City 2017


MODEL Honda City 2017 dengan reka bentuk terbaru telah tiba di Thailand, di mana pendaftaran untuk tempahan sedan B-segment popular ini telah pun dibuka.

Di samping itu, Honda Thailand juga telah mengeluarkan beberapa keping foto bahagian dalam model terbaru City ini.


Peubahan yang paling ketara boleh dilihat pada bahagian depan City 2017 ini, yang kini mempunyai reka bentuk seakan-akan model Civic, lapor blog automotif terkenal Paul Tan.

Daripada gambar-gambar di bawah ini, perubahan paling jelas jaluran krom pada bahagian atas lampu depan dan juga kumpulan lampu LED berbetuk L di sekelilingnya yang sama seperti ciri ikonik Civic.


Dari bahagian tepi pula, ‘mata’ model terbaru City juga menyerupai ‘sisik’ pada bahagian atas lampu belakang Civic.

Bagaimanapun, lampu belakang masih mengekalkan bentuk yang sama seperti model terdahulu.


Rupa bentuk City 2017 yang seakan-akan ‘Civic junior’ ini mungkin menjadi satu langkah yang menguntungkan bagi Honda oleh kerana impak yang dicetuskan oleh model C-segment generasi ke-10 itu.

Model City yang sebelum ini dilancarkan di Thailand pada Januari 2014, genap tiga tahun selepas model terbaru ini dilancarkan.


Oleh kerana Honda Malaysia telah mengeluarkan model City dua bulan selepas dilancarkan di Thailand, tak mustahil model facelift 2017 ini akan tiba di negara kita pada suku pertama tahun depan. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com