Selalu Kena Marah, Akim Tetap Sabar Sikap Stacy Yang Sedang Sarat

SEJAK hamil anak sulung, penyanyi terkenal Akim Ahmad memberitahu, isterinya, Stacy mengalami perubahan sikap apabila selalu marah tanpa sebab tertentu.

Menurut Akim; 25, Stacy adakalanya boleh menjadi emosi tanpa sebab sebaik sahaja bangun dari tidur hingga menyebabkan dia menjadi tempat Stacy melepaskan kemarahan.

Pun begitu, penyanyi lagu Mewangi ini memahami perubahan sikap isterinya itu selain menjadikannya individu yang lebih bersabar.

“Sebenarnya situasi ini membolehkan saya belajar untuk bersabar dan mengawal keadaan. Saya faham dia bersikap sedemikian kerana mengandung,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Selain itu, Akim memberitahu, isterinya kini mula menggemari masakan Melayu selain sentiasa mengidam makanan tradisi Sabah.

“Sebelum ini, Stacy jarang makan hidangan Melayu dan selalunya dia akan menyediakan masakan kampung sendiri,” katanya.

Meskipun kandungan Stacy sudah mencecah tujuh bulan, pasangan ini difahamkan masih belum mengetahui jantina anak mereka. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com