Sanggup Terjun Tingkat 30 Gara-Gara Cinta Ditolak


AKIBAT terlalu kecewa cintanya ditolak, seorang lelaki di timur China sanggup untuk terjun bangunan setinggi 30 tingkat untuk ‘menyembuhkan’ kekecewaannya.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat Suzhou wilayah Anhui dalam kejadian yang berlaku pada 10 Disember lalu.

Menurut sebuah laman antarabangsa, lelaki itu mengalami gangguan mental setelah gagal dalam perhubungan cinta cuba untuk membunuh diri dari tingkat 30 sebuah pusat membeli-belah di bandar tersebut.

Malah suspek difahamkan cuba dinasihatkan oleh rakannya untuk membatalkan niat dan kerja gila itu namun tidak diendahkannya.

Menerusi rakaman daripada CCTV NEWS, suspek yang memakai baju sejuk (sweater) berwarna Maroon dirakam berdiri di tebing bangunan bersama sebatang besi di tangannya.


Salah seorang anggota penyelamat mengalihkan perhatian mangsa dengan bercakap-cakap dengannya sementara anggota yang lain cuba menghampiri suspek dari belakang untuk menyelamatkannya.

Tindakan pantas anggota penyelamat itu berjaya merangkul badan suspek dan menariknya ke tepi sebelum dibantu oleh beberapa orang lelaki yang berada di tempat kejadian. – Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com