PDRM Minta Mangsa "Jari Tengah" Tampil Buat Laporan


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta kerjasama daripada pemilik akaun Twitter @ivyneysa selepas foto yang dimuat naiknya viral di media sosial.

Dalam perkongsian wanita yang bernama Ivy itu, dia mendakwa pemandu kereta jenis Myvi telah memotong barisan di sebuah plaza tol dan menunjukkan isyarat jari tengah kepadanya.

Susulan itu, akaun Twitter Polis Diraja Malaysia, @PDRMsia meminta agar pelayar terbabit supaya membuat laporan polis.

“Salam hormat, anda diminta tampil di mana2 balai berhampiran utk membuat laporan agar tindakan lanjut dapat diambil. Terima kasih,” kata @PDRMsia.


Ivy menerusi ruangan komen menjelaskan sedar akan permintaan PDRM dan mempersoalkan tindakan yang bakal dikenakan terhadap lelaki berkenaan.

“@PDRMsia @KBAB51 noted. Apa tindakan yang akan dikenakan dekat lelaki kurang bijak ni?,” tulisnya. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com