"Jangan Nasi Tambah Benda Yang I Tak Cakap" - Neelofa


Nampaknya masih lagi belum reda kisah keretakan perhubungan cinta antara selebriti Neelofa dan aktor kacak, Fattah Amin.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 29 (ABPBH29), Neelofa menerusi akaun rasmi laman mikro Twitter peribadinya telah memuat naik status mendakwa kenyataan berhubung isu Lofa-Fattah telah ditokok tambah.

Malah heroin Suri Hati Mr. Pilot itu juga meminta pihak berkenaan untuk menonton semula video temubual itu dan membuat perbandingan di atas kenyataan yang diucapkan dengan kenyataan yang disebarkan.

Kenyataan yang dimaksudkan oleh lofa adalah seperti berikut;

“Saya pun baru menyedari dan mengetahui perkara ini.

“Apa saya boleh katakan, cara saya mengetahui hal itu adalah tak bagus. Pendek kata kantoi, tetapi saya tak nak berkongsi keadaan itu.

“Mujur saya jenis yang cepat ‘move on’ dan tidak sesekali berasa kecewa. Saya beranggapan ada hikmah di sebalik semua itu.”

Menerusi rakaman sesi temubual yang dikongsi oleh Encik Terbang ketika pelancaran Kad Muslimah Bank Rakyat dan Neelofa adalah dutanya mengulas isu Lofa-Fattah berkata;

"Baru awak tahu ke dah lama Lofa? Tanya salah seorang wartawan dan Neelofa menjawab "Baru".

"Mungkin cara saya… mungkin the way i got to know to it was not that nice," tambahnya.

"Kantoi depan mata ke?," tanya wartawan lagi.

"I will prefer not to share about it. Tapi i knew that i know, tapi saya rasa peminat saya dan reporter sendiri, media sendiri tahu my character i macam mana.

"What i want in my life, you know my character what not and so.

"I will never stay put and then and then macam nak cakap… macam…drowning it and i will always move forward and get back on my own track," tutur gadis berusia 27 tahun ini pada sidang media itu.

Neelofa difahamkan bakal mengerjakan umrah pada 27 Disember ini bersama-sama ahli keluarganya yang telah dirancang sejak Oktober lalu. -Kedahnews.com

No comments:

| Copyright © 2013 KedahNews.com